SEKOLAH KEBANGSAAN PULAI,
77300 MERLIMAU,MELAKA.

Tel: 06-2619268
Fax: 06-2619089
Email:skpulai@gmail.com

SELAMAT DATANG KE SK PULAI
MENJANA INSAN BERILMU DAN BERAMAL

MAKLUMAN








SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE 59 #SEHATISEJIWA





Selamat Datang ke blog rasmi SK Pulai, Merlimau. Sebarang cadangan/ saranan/ masalah bolehlah rujuk terus kepada kami.Kami cuba untuk mencari penyelesaian bersama.





SUKAN TAHUNAN 2016 PADA 3.3.2016, 2:00 PETANG





TEMA HARI GURU TAHUN 2015:GURU: MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK





Kepada semua guru SK Pulai yang ingin mendapatkan semula ID dan Katalaluan untuk FROG VLE, sila dapatkan pada Pn Norasikin Bt Salim.







Makluman Semua. Sekiranya ada dikalangan guru SK Pulai yang ingin membuat peringatan, pemberitahuan atau ingin menyampaikan maklumat untuk makluman semua sila berhubung dengan Pn Norasikin Bt Salim (GPICT). -Sekian.







JIKA ANDA MENGHADAPI MASALAH BERKAITAN EMAIL / ICT SILA RUJUK GURU ICT SK PULAI.
SEGAN BERTANYA, TIADA MANFAATNYA.


SEJARAH







       Sekolah ini terletak kira-kira 16 kilometer dari bandar Melaka Bandaraya Bersejarah dan 5 kilometer dari pekan Merlimau. Nama sekolah ini diambil sempena nama Kampung Pulai. Kampung Pulai pula dinamakan sempena nama sebatang pokok pulai. Pokok Pulai ialah sejenis pokok yang besar, rendang dan kayunya ringan sesuai untuk dibuat perahu.

       Sekolah Kebangsaan Pulai mula didirikan secara bergotong-royong oleh penduduk kampung Pulai pada 6 OGOS 1946, hari Selasa bersamaan 1365 H di atas sebidang tanah milik Tuan Haji Md Nor. Bangunan seluas 20' X 60' berdindingkan papan beratap rumbia dan tidak bersimen ini telah dibuka secara rasmi oleh Tuan Nelson iaitu Pegawai Pendidikan Melaka dengan murid seramai 70 orang dan 2 orang guru. Guru tersebut ialah Cikgu Harun B Ngah sebagai Guru Besar dan Cikgu Kabil sebagai guru penolong. Bangunan asal yang dibina secara gotong-royong pada 1946 itu mempunyai pengasasnya iaitu,Tuan Hj Said B Sabudin, Sidang Mohd Lajim B Ali, Encik Limat B Kalong, Tuan Hj Md Nor, Encik Tambi B Togek dan Tuan Haji Kusu.

       Bangunan ini telah diganti dengan bangunan A pada tahun 1954. Bangunan ini juga dibina secara bergotong-royong dan diikuti dengan pembinaan bangunan B pada tahun 1956. Pada tahun 1975 bangunan C (2 tingkat) pula didirikan dan seterusnya pada tahun 1987 didirikan pula bangunan D. Memandangkan pelajar sekolah ini semakin meningkat maka sebuah bangunan Pusat Sumber Sekolah dibina . Kemudian diikuti dengan pembinaan kantin sekolah pada tahun 1990. Seterusnya pada tahun 2008, hanya bangunan 2 tingkat sahaja yang tidak dirobohkan untuk digantikan dengan binaan 2 blok bangunan empat tingkat, 1 blok bangunan setingkat (Pra Sekolah), bangunan makmal komputer dan kantin yang baru. Kerja-kerja binaan tersebut disiapkan kira-kira setahun kemudian.

       Sehingga hari ini Sekolah Kebangsaan Pulai mempunyai bilangan murid seramai 614 orang murid dan tenaga pengajar seramai 58 orang dan dibantu oleh tenaga bukan guru seramai 10 orang serta pengawal keselamatan seramai 3 orang. Terdapat 22 buah Bilik Darjah,1 Kelas Pemulihan, 2 kelas Pra Sekolah, 4  Kelas Pendidikan Khas, Pejabat, Makmal Sains, Makmal Komputer , Bilik Seni & Muzik, Stor Sukan dan bilik Kemahiran Hidup. Di samping itu terdapat juga sebuah surau untuk kemudahan warga SK Pulai menjalankan aktiviti keagamaan dan sembahyang berjemaah, serta membaca surah Yassin pada setiap hari Jumaat untuk pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR.

       Dengan adanya pentadbir yang berwibawa dan disokong pula oieh guru-guru yang berdedikasi, diharapkan Sekolah Kebangsaan Pulai terus menuju kecemerlangan dan kegemilangan.