Satu majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Murid telah diadakan di SK Pulai pada 17 Januari 2011. Majlis tersebut dijalankan di tapak perhimpunan serentak dengan Perhimpunan Rasmi sekolah yang biasanya dijalankan pada setiap hari Isnin. Watikah perlantikan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Chief Inspektor Noor Azlan Bin Haji Limat, Ketua Balai Polis Merlimau. Di dalam ucapannya, beliau mengingatkan para murid agar menjauhi gejala negatif dan jenayah sebagai persediaan menjadi peminpin generasi akan datang.