SEKOLAH KEBANGSAAN PULAI,
77300 MERLIMAU,MELAKA.

Tel: 06-2619268
Fax: 06-2619089
Email:skpulai@gmail.com

SELAMAT DATANG KE SK PULAI
MENJANA INSAN BERILMU DAN BERAMAL

MAKLUMAN








SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE 59 #SEHATISEJIWA





Selamat Datang ke blog rasmi SK Pulai, Merlimau. Sebarang cadangan/ saranan/ masalah bolehlah rujuk terus kepada kami.Kami cuba untuk mencari penyelesaian bersama.





SUKAN TAHUNAN 2016 PADA 3.3.2016, 2:00 PETANG





TEMA HARI GURU TAHUN 2015:GURU: MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK





Kepada semua guru SK Pulai yang ingin mendapatkan semula ID dan Katalaluan untuk FROG VLE, sila dapatkan pada Pn Norasikin Bt Salim.







Makluman Semua. Sekiranya ada dikalangan guru SK Pulai yang ingin membuat peringatan, pemberitahuan atau ingin menyampaikan maklumat untuk makluman semua sila berhubung dengan Pn Norasikin Bt Salim (GPICT). -Sekian.







JIKA ANDA MENGHADAPI MASALAH BERKAITAN EMAIL / ICT SILA RUJUK GURU ICT SK PULAI.
SEGAN BERTANYA, TIADA MANFAATNYA.


AM




Sila klik pada gambar



       Sekolah ini terletak kira-kira 16 kilometer dari bandar Melaka Bandaraya Bersejarah dan 5 kilometer dari pekan Merlimau. Nama sekolah ini diambil sempena nama Kampung Pulai. Kampung Pulai pula dinamakan sempena nama sebatang pokok pulai. Pokok Pulai ialah sejenis pokok yang besar, rendang dan kayunya ringan sesuai untuk dibuat perahu.
        
        Di Kawasan Sekolah Kebangsaan Pulai, terdapat 2 blok bangunan empat tingkat, 1 blok bangunan dua tingkat, 1 makmal komputer, 1 pusat sumber, 1 blok setingkat (Pra Sekolah) dan kantin sekolah. Selain itu, terdapat 1 padang berumput kira-kira seluas padang bola sepak, 1 gelanggang sepak takraw, pondok-pondok bacaan, tapak perhimpunan utama, tempat parkir kereta berbumbung, pondok Pengawal Keselamatan dan seluruh kawasan sekolah adalah berpagar. Di celah-celah blok bangunan pula, terdapat taman-taman yang diusahakan sendiri oleh guru-guru dan para pekerja SK Pulai. Taman-taman tersebut ialah Taman Herba, Taman Teknologi, Taman Kasih Sayang, Taman Boss, Taman Istimewa Inspirasi Bersama, Taman Pra Sekolah, Taman Pusat Sumber, Taman Anjung, Taman Siantan dan Taman Dataran Ilmu.

       Sekolah Kebangsaan Pulai mempunyai bilangan murid seramai 618 orang murid dan tenaga pengajar seramai 58 orang dan dibantu oleh tenaga bukan guru seramai 10 orang, pekerja am swasta  6 orang serta pengawal keselamatan seramai 3 orang. Terdapat 22 buah Bilik Darjah,1 Kelas Pemulihan, 2 kelas Pra Sekolah, 4   kelas Pendidikan Khas, Pejabat, Makmal Sains, Makmal Komputer , Bilik Seni Visual /  Muzik, Stor Sukan dan bilik Kemahiran Hidup. Di samping itu terdapat juga sebuah surau untuk kemudahan warga sekolah menjalankan aktiviti keagamaan dan sembahyang berjemaah, serta membaca surah Yassin pada setiap hari Jumaat untuk pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR.