SEKOLAH KEBANGSAAN PULAI,
77300 MERLIMAU,MELAKA.

Tel: 06-2619268
Fax: 06-2619089
Email:skpulai@gmail.com

SELAMAT DATANG KE SK PULAI
MENJANA INSAN BERILMU DAN BERAMAL

MAKLUMAN








SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE 59 #SEHATISEJIWA





Selamat Datang ke blog rasmi SK Pulai, Merlimau. Sebarang cadangan/ saranan/ masalah bolehlah rujuk terus kepada kami.Kami cuba untuk mencari penyelesaian bersama.





SUKAN TAHUNAN 2016 PADA 3.3.2016, 2:00 PETANG





TEMA HARI GURU TAHUN 2015:GURU: MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK





Kepada semua guru SK Pulai yang ingin mendapatkan semula ID dan Katalaluan untuk FROG VLE, sila dapatkan pada Pn Norasikin Bt Salim.







Makluman Semua. Sekiranya ada dikalangan guru SK Pulai yang ingin membuat peringatan, pemberitahuan atau ingin menyampaikan maklumat untuk makluman semua sila berhubung dengan Pn Norasikin Bt Salim (GPICT). -Sekian.







JIKA ANDA MENGHADAPI MASALAH BERKAITAN EMAIL / ICT SILA RUJUK GURU ICT SK PULAI.
SEGAN BERTANYA, TIADA MANFAATNYA.


Isnin, 22 Ogos 2016

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE-59 TAHUN 2016

Tahniah kepada penganjur Program Pelancaran Bulan Kemerdekaan iaitu Panitia Sejarah kerana telah menjayakan program pada kali ini. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Hj.Seman b Derus. Semangat ini harus diteruskan bagi menanamkan rasa cinta dan sayang akan negara dalam hati dan nurani setiap murid amnya.Tahniah dan syabas.  Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak semasa berlangsunnya program ini.

 

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH 2016

Kemeriahan sambutan hari raya masih terasa.  Pada 22.7.2016 telah diadakan Sambutan Hari raya Peringkat Sekolah.  Semua warga SK Pulai berasa bersyukur kerana dapat menikmati keharmonian dan sama-sama menjalinkan ikatan ukhwah antara satu sama lain.










Rabu, 20 Julai 2016

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN DAN KHATAM AL-QURAN

Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam kerana telah berjaya menganjurkan program ini.  Antara aktiviti yang dijalankan Khatam Al-Quran, Tazkirah dan Sumbangan kepada anak-anak yatim dan miskin.Terima kasih kepada semua guru dan pekerja yang turut sama menjayakan program ini. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya.

TEBUS DEMI SUKAN BERSAMA MILO


Terima kasih kepada Syarikat MILO kerana telah mengadakan program TEBUS DEMI.SUKAN.Hasil penebusan pihak sekolah akan mendapat hadiah seperti barangan sukan untuk kegunaan murid-murid.  Ibu bapa digalakkan untuk menghantar paket milo ke sekolah untuk dikumpulkan dan diserahkan kepada pihak milo.


SUKAN SEKOLAH 2016

Pada 3 Mac 2016 telah daiadakan Sukan Sekolah Kali Ke 25.Terima kasih diucapkan kepada semua pihak kerana telah menjayakan aktiviti ini.majlis telah disempurnakan oleh Tn.Hj.Azman b Hj.Aziz YDP PIBG SK Pulai.



Ahad, 28 Februari 2016

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 42/2016

Pada 27.2.2016 bertempat di Dewan SK Pulai telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 42.  Majlis telah dirasmikan oleh YB Senator Tuan Zali Bin Mat Yasin D.P.S.M, B.K.T-Ahli Dewan Negara Parlimen Malaysia.Terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru kerana telah menghadiri mesyuarat bagi membantu meningkatkan tahap kecemerlangan, sahsiah,keselamatan anak-anak SK Pulai.


PROGRAM MENGGILAP PERMATA AYAH BONDA 2016

Tahniah kepada Unit Bimbingan Dan Kaunseling dan Biro Kecemerlangan Akademik PIBG kerana telah menganjurkan program yang penuh keberkesanan ini. Program ini telah disertai oleh guru-guru,ibu bapa dan murid Tahun 6.Ceramah telah disampaikan oleh Encik Nazari bin Mohd Isa dari Nazlela Trading.Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua.


Jumaat, 26 Februari 2016

KOLOBORASI PSS SEKOLAH BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA,KG. PULAI

Terima kasih kepada pihak Perpustakaan Desa Kg.Pulai kerana telah berjaya mengadakan kerjasama dengan PSS bagi Program Galakan Membaca-NILAM.Tahniah dan syabas.




PROGRAM PENJAGAAN GIGI OLEH KLINIK PERGIGIAN MERLIMAU

Terima kasih diucapakn kepada Klinik Pergigian Merlimau di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia kerana memberi peluang kepada murid mempelajari cara penjagaan gigi dengan betul.  Selain itu, murid-murid juga akan diberi perkhidmatan pergigian secara percuma.


Isnin, 22 Februari 2016

PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH 2016

Program tesebut telah diadakan pada 15 Februari 2016 dan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Encik Abdul Kadir bin Abu Samah.  Objektif program tesebut untuk menyemai dan membina tabiat membaca dalam kalangan Warga SK Pulai khususnya kalangan murid-murid.