Warna Kuning =Latar belakang kepada lencana sekolah melambangkan kepatuhan kepada piagam dan peraturan sekolah serta mematuhi prinsip Rukun Negara yang kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.
Warna Biru= Melambangkan budaya menuntut ilmu yang menjadi amalan warga sekolah.
Warna Merah = Melambangkan kesunggguhan dan pengorbanan para pendidik dalam mengajar anak bangsa.
Warna Hijau= Melambangkan kesegaran dan keceriaan persekitaran sekolah serta perhubungan yang harmonis dalam kalangan masyarakat sekolah.
Empat warna iaitu merah, biru,kuning dan hijau mewakili rumah-rumah sukan yang terdapat di sekolah ini.