KEMPEN BULAN KEMERDEKAAN KE 56
Sekolah Kebangsaan Pulai telah melancarkan satu program Bulan Kemerdekaan Ke-56 pada 26 Ogos 2013 bertempat di perkarangan Dataran Ilmu sekolah. Pelancaran Bulan Kemerdekaan yang bertemakan 'Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku' ini disempurnakan oleh GPK Pentadbiran SK Pulai iaitu Pn. Hjh. Norhayati Sulaiman. Majlis diserikan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik seperti Merdeka, Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia. Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan ini ialah pameran sudut kemerdekaan, pertandingan melukis dan mewarna, pertandingan buku skrap/folio dan pertandingan kuiz kemerdekaan. Semoga aktiviti-aktiviti itu nanti akan menyemarakkan lagi semangat dan rasa cinta warga SK Pulai kepada negara.