SEKOLAH KEBANGSAAN PULAI,
77300 MERLIMAU,MELAKA.

Tel: 06-2619268
Fax: 06-2619089
Email:skpulai@gmail.com

SELAMAT DATANG KE SK PULAI
MENJANA INSAN BERILMU DAN BERAMAL

MAKLUMAN








SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE 59 #SEHATISEJIWA





Selamat Datang ke blog rasmi SK Pulai, Merlimau. Sebarang cadangan/ saranan/ masalah bolehlah rujuk terus kepada kami.Kami cuba untuk mencari penyelesaian bersama.





SUKAN TAHUNAN 2016 PADA 3.3.2016, 2:00 PETANG





TEMA HARI GURU TAHUN 2015:GURU: MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK





Kepada semua guru SK Pulai yang ingin mendapatkan semula ID dan Katalaluan untuk FROG VLE, sila dapatkan pada Pn Norasikin Bt Salim.







Makluman Semua. Sekiranya ada dikalangan guru SK Pulai yang ingin membuat peringatan, pemberitahuan atau ingin menyampaikan maklumat untuk makluman semua sila berhubung dengan Pn Norasikin Bt Salim (GPICT). -Sekian.







JIKA ANDA MENGHADAPI MASALAH BERKAITAN EMAIL / ICT SILA RUJUK GURU ICT SK PULAI.
SEGAN BERTANYA, TIADA MANFAATNYA.


Isnin, 21 Februari 2011

KEJOHANAN BOLASEPAK MSSNM BAWAH 12 TAHUN KAWASAN MERLIMAU

         Kejohanan Bolasepak MSSNM Bawah 12 Tahun Kawasan Merlimau 2011 sedang berlangsung mulai 21, 23 dan akan berakhir pada 28 Februari ini. Kejohanan ini disertai oleh 15 buah sekolah di sekitar kawasan Merlimau termasuk SK Pulai sebagai pengelola kejohanan. Peserta kejohanan dibahagikan kepada 4 kumpulan di mana kumpulan A dan B terdiri dari 7 buah pasukan manakala C dan D disertai oleh 8 buah pasukan. Kumpulan A dan B bertanding di padang SK Pulai sementara Kumpulan C dan D berentap di padang SK Merlimau Satu.
        
         Pasukan SK Pulai yang dilatih oleh Ust. Mohd Radhi memulakan pertandingan pada hari ini menentang SK Serkam Darat di padang sendiri nampaknya telah bermula dengan langkah kanan apabila membenam lawannya itu dengan jaringan 4 berbalas 1. Kecemerlangannya  diteruskan dengan memenangi perlawanan yang kedua ke atas SK Datuk Hj Baginda dengan jaringan selesa iaitu 4 tanpa balas. Dengan memenangi kedua-dua perlawanan tersebut, SK Pulai telah menjadi Juara Kumpulan A seterusnya layak ke peringkat Suku Akhir dan akan menentang Naib Juara Kumpulan C pada 23 Februari 2011. Tahniah SK Pulai dan semoga kecemerlangan ini diteruskan sehingga menjadi Juara Keseluruhan pada kejohanan pada kali ini... insyaAllah.