SK PULAI telah menjalankan kursus latihan dalam perkhidmatan bagi kali kedua untuk guru-gurunya pada hari Sabtu, 30 April 2011. Kursus tersebut berlangsung pada pukul 8 pagi hingga 2 petang bertempat di Makmal Komputer SK Pulai. Kursus pada kali ini bertemakan 'Sihat Sepanjang Hayat' dan dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh Puan Norizan Ishak Basri dan Puan Hjh Norizan Johan. Selepas itu, Slot Ceramah menyusul yang disampaikan oleh Dr. Hamilah - Pegawai Kesihatan Jasin. Slot terakhir diisi oleh Puan Aimah Rasidi (GB) yang menyampaikan taklimat berkenaan Sekolah Berkesan ( Zero Defect ) dan Personaliti Unggul.